Thursday, July 15, 2010
Friday, July 2, 2010
21 - ketinggalan
kau semakin lama semakin ditinggalkan oleh orang yang kau ingin kejar, lalu kau melupakan perkara itu untuk menyenangkan hati, dan justeru apabila kau teringat semula, sewaktu itu, perbandingan kau sudah jauh lebih ketara.
kau ketinggalan lagi.
Saturday, June 26, 2010
20 - siapa
Di dalam karya sastera Die Verwandlung (Metamorfosis) karangan Franz Kafka, Gregor Samsa mendapati dirinya telah bertukar menjadi Ungeziefer (binatang yang tidak bersih/suci dan tidak boleh dibuat sebagai bahan korban/pemujaan) selepas bangun daripada mimpi yang tidak enak.
Tentunya Gregor Samsa, jika diberi pilihan, tidak mahu mengalami fenomena ganjil itu, akan tetapi, tidaklah dia berkuasa untuk menentukan semua itu kerana kuasa terletak di tangan Franz Kafka.
Franz Kafka ialah individu yang mendefinisikan Gregor Samsa.
Kau ialah Samsa atau Kafka?
Sunday, June 13, 2010
19 - iman
Kau tidak akan mampu menyembah Tuhan tanpa kau menganut agama.
Dan jangan sekali-sekali kau menganut agama tanpa menyembah Tuhan.
Mari?
Dan jangan sekali-sekali kau menganut agama tanpa menyembah Tuhan.
Mari?
Friday, June 11, 2010
18 - megah
kadang-kadang apabila kau rasa kau sedang diingatkan tempat, watak dan peranan kau pada sesuatu masa yang khusus, kau hanya perlu abaikan emosi (walaupun susah) dan cuba melihat daripada perspektif yang lebih agung dan megah.
pastikan peringatan demi peringatan yang mengorbankan dan mendukakan kau tidak sia-sia.
pastikan peringatan demi peringatan yang mengorbankan dan mendukakan kau tidak sia-sia.
Tuesday, May 18, 2010
17 - kapsul
kehadapan aku di masa hadapan,
aku di masa sekarang masih menyelingkuh di masa silam,
sekian,
aku di masa sekarang. (dimasa silam bagi kau)
aku di masa sekarang masih menyelingkuh di masa silam,
sekian,
aku di masa sekarang. (dimasa silam bagi kau)
Friday, April 23, 2010
16 - rancang
adakah dalam masa setengah jam lepas, kau telah mengetahui bahawasanya kau akan membaca tulisan-tulisan ini? adakah ini dinamakan takdir yang menyatukan kau dan tulisan-tulisan ini?
adakah kau mampu merancang segala perkara dalam hidup kau? dan adakah kau akan ditentukan untuk mengikuti segala rancangan kau?
adakah kau mampu merancang segala perkara dalam hidup kau? dan adakah kau akan ditentukan untuk mengikuti segala rancangan kau?
Subscribe to:
Posts (Atom)
