Saturday, June 26, 2010

20 - siapa

Di dalam karya sastera Die Verwandlung (Metamorfosis) karangan Franz Kafka, Gregor Samsa mendapati dirinya telah bertukar menjadi Ungeziefer (binatang yang tidak bersih/suci dan tidak boleh dibuat sebagai bahan korban/pemujaan) selepas bangun daripada mimpi yang tidak enak.

Tentunya Gregor Samsa, jika diberi pilihan, tidak mahu mengalami fenomena ganjil itu, akan tetapi, tidaklah dia berkuasa untuk menentukan semua itu kerana kuasa terletak di tangan Franz Kafka.

Franz Kafka ialah individu yang mendefinisikan Gregor Samsa.

Kau ialah Samsa atau Kafka?

Sunday, June 13, 2010

19 - iman

Kau tidak akan mampu menyembah Tuhan tanpa kau menganut agama.

Dan jangan sekali-sekali kau menganut agama tanpa menyembah Tuhan.

Mari?

Friday, June 11, 2010

18 - megah

kadang-kadang apabila kau rasa kau sedang diingatkan tempat, watak dan peranan kau pada sesuatu masa yang khusus, kau hanya perlu abaikan emosi (walaupun susah) dan cuba melihat daripada perspektif yang lebih agung dan megah.

pastikan peringatan demi peringatan yang mengorbankan dan mendukakan kau tidak sia-sia.