Monday, January 18, 2010

2 - durasi

kawasan selesa amat indah,
hadapi cabaran tidak mudah.

ini pengorbanan aku untuk aku di masa hadapan. apabila aku di masa hadapan baca semula tulisan ini, aku di masa hadapan akan berterima kasih kepada aku di masa sekarang, itupun jika aku di masa hadapan masih ingat lagi aku di masa sekarang.

Thursday, January 14, 2010

1 - metamorfosis

kebanyakan kumpulan serangga akan mengalami proses metamorfosis dalam kitaran hidup mereka.

dari ulat beluncas yang menggelikan anak gadis kepada rama-rama yang menggelikan anak teruna.

dari nimfa yang menggelikan anak gadis dan teruna kepada lipas yang menggelikan anak gadis, teruna dan duda.

manusia tiada kebolehan untuk melalui proses ini secara fizikal, melainkan dalam esei franz kafka.

namun, aku rasa, manusia masih mampu untuk bermetamorfosis dari segi mental atau pemikiran.

aku rasa minda aku baru lepas bermetamorfosis, kerana keadaan minda aku sekarang seperti gabungan lipas dan rama-rama.