Tuesday, May 29, 2012

48 - hampir

kau sudah makin hampir kepada matlamat minima yang mereka di sekeliling kau mahukan, selepas ini kau mungkin boleh kejar matlamat yang kau sendiri mahukan;

selagi mereka di sekeliling kau tidak letakkan matlamat baru ke atas kau.

Monday, May 14, 2012

47 - bolak-balik

Sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati hambaNya.

Semoga hati kita ditetapkan dalam agama Allah.

Thursday, March 15, 2012

46 - tarian

Bergerak untuk masuk ke saf, rapatkan saf, dan luruskan saf ialah ibarat tarian yang ditari beramai-beramai.

Samada mereka tahu menari, atau mereka tahu kau sedang menari dengan mereka, itu hal lain.

Tuesday, March 6, 2012

45 - unik

Apabila kau dikurniakan cara pemikiran yang berbeza daripada mereka yang disekeliling kau, adakah kau akan cuba untuk menyamakan pemikiran kau dengan orang sekeliling? Atau kau berpegang teguh dengan cara pemikiran kau?

Ada orang kata itu degil, ada orang kata itu prinsip.

Wednesday, February 22, 2012

44 - prinsip

antara prinsip kau yang baru terbentuk hari ini ialah tidak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara mengeksploitasi rasa kurang yakin diri kau, atau siapa-siapa sahaja.

Friday, January 6, 2012

43 - salamun-salama

Bersalaman dengan insan bersebelahan dalam saf solat dengan tangan saling menggenggam, mata bertentang mata, dan sedikit mengangguk atau senyum sebagai tanda pengiktirafan sesama hamba, adalah antara salam yang paling memuaskan hati.

Sunday, January 1, 2012

42 - Tunjukkanlah

‎Tentulah semua orang mahu mendabik dada dan menyatakan mereka berada di jalan yang benar (lurus); Dan tentulah juga semua orang mahukan permohonan 17 kali sehari-semalam mereka itu dikabulkan.