Sunday, March 28, 2010

13 - semak

kau berada di dalam keadaan semak, dan kau mengabaikannya walaupun tahu keadaan akan menjadi lebih semak di masa hadapan, kau tahu kau akan mengalami masalah di masa hadapan, namun kau tetap memilih untuk mengabaikan.

Monday, March 22, 2010

12 - sunyi

ini lirik lagu nasyid yang aku selalu dengar semasa di zaman persekolahan dulu-dulu.

"cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia kan pergi."

Sunday, March 21, 2010

11 - pilih

"peminta sedekah tidak boleh memilih."

itu ialah terjemahan literal peribahasa orang putih yang aku ingin sampaikan hari ini. dan ya, itu juga apa yang aku sedang alami saat ini.

Friday, March 19, 2010

10 - namrud

semasa kau lelap tidur dari segi rohani dan jasmani, nyamuk berlegar-legar di telinga kau, dan hampir memasukinya. adakah kau akan teringat kisah Raja Namrud juga?

dan adakah kau akan menjadi lebih insaf? atau sudah tidak dapat diubati lagi?

Tuesday, March 16, 2010

9 - paranoia

hari ini, aku mengikuti pepatah inggeris yang berbunyi, "you can never be too careful."

impak perbuatan aku ini memang tidak akan dapat dinilai secara muktamad dan objektif di masa muka. tindakan yang aku perlu lakukan sekarang ialah memandang ke hadapan dan abaikan perkara yang aku sememangnya aku tiada kuasa untuk mengubahnya.

Monday, March 15, 2010

8 - retrospektif

detik-detik yang aku anggap nadir buat masa ini adalah amat penting dan signifikan jika dilihat secara retrospektif pada masa hadapan. hanya pada masa itu baru aku akan mengerti hasil masa ini.

Wednesday, March 10, 2010

7 - leka

setelah lama di zon selesa, kau akan mudah leka, hatta sepatutnya kau sudah belajar daripada pengalaman yang lepas, kau masih mampu membuat kesalahan yang sama.

Monday, March 1, 2010

6 - tiada

jika, kau baru kembali selepas lama meninggalkan sesuatu tempat atau golongan, namun kau merasakan bagaikan kau tidak pernah pergi meninggalkan tempat atau golongan tersebut, apakah yang kau akan simpulkan?