Saturday, June 26, 2010

20 - siapa

Di dalam karya sastera Die Verwandlung (Metamorfosis) karangan Franz Kafka, Gregor Samsa mendapati dirinya telah bertukar menjadi Ungeziefer (binatang yang tidak bersih/suci dan tidak boleh dibuat sebagai bahan korban/pemujaan) selepas bangun daripada mimpi yang tidak enak.

Tentunya Gregor Samsa, jika diberi pilihan, tidak mahu mengalami fenomena ganjil itu, akan tetapi, tidaklah dia berkuasa untuk menentukan semua itu kerana kuasa terletak di tangan Franz Kafka.

Franz Kafka ialah individu yang mendefinisikan Gregor Samsa.

Kau ialah Samsa atau Kafka?

No comments:

Post a Comment