Thursday, February 25, 2010

5 - musibah

dan apabila kau terkena musibah, kau berasa malu dengan rakan-rakan, namun kau masih belum malu dengan Yang Satu.

"bila kau dah nak mampus baru kau mahu malu?"

Tuesday, February 9, 2010

4 - selesa

kadang-kadang, hanya beberapa ketika detik transisi berlaku kau akan berasa susah, samada kau bersabar mengharunginya dan berjaya atau tidak, itu hanyalah keputusan kau sendiri.

Saturday, February 6, 2010

3 - rebah

walaupun kau yakin kau akan berjaya esok hari, perkara itu sudah ditentukan dari dulu kala lagi, namun, jika kau tidak berusaha, kau akan rebah.

Monday, January 18, 2010

2 - durasi

kawasan selesa amat indah,
hadapi cabaran tidak mudah.

ini pengorbanan aku untuk aku di masa hadapan. apabila aku di masa hadapan baca semula tulisan ini, aku di masa hadapan akan berterima kasih kepada aku di masa sekarang, itupun jika aku di masa hadapan masih ingat lagi aku di masa sekarang.

Thursday, January 14, 2010

1 - metamorfosis

kebanyakan kumpulan serangga akan mengalami proses metamorfosis dalam kitaran hidup mereka.

dari ulat beluncas yang menggelikan anak gadis kepada rama-rama yang menggelikan anak teruna.

dari nimfa yang menggelikan anak gadis dan teruna kepada lipas yang menggelikan anak gadis, teruna dan duda.

manusia tiada kebolehan untuk melalui proses ini secara fizikal, melainkan dalam esei franz kafka.

namun, aku rasa, manusia masih mampu untuk bermetamorfosis dari segi mental atau pemikiran.

aku rasa minda aku baru lepas bermetamorfosis, kerana keadaan minda aku sekarang seperti gabungan lipas dan rama-rama.