Thursday, January 14, 2010

1 - metamorfosis

kebanyakan kumpulan serangga akan mengalami proses metamorfosis dalam kitaran hidup mereka.

dari ulat beluncas yang menggelikan anak gadis kepada rama-rama yang menggelikan anak teruna.

dari nimfa yang menggelikan anak gadis dan teruna kepada lipas yang menggelikan anak gadis, teruna dan duda.

manusia tiada kebolehan untuk melalui proses ini secara fizikal, melainkan dalam esei franz kafka.

namun, aku rasa, manusia masih mampu untuk bermetamorfosis dari segi mental atau pemikiran.

aku rasa minda aku baru lepas bermetamorfosis, kerana keadaan minda aku sekarang seperti gabungan lipas dan rama-rama.

No comments:

Post a Comment