Tuesday, May 18, 2010

17 - kapsul

kehadapan aku di masa hadapan,

aku di masa sekarang masih menyelingkuh di masa silam,

sekian,
aku di masa sekarang. (dimasa silam bagi kau)

Friday, April 23, 2010

16 - rancang

adakah dalam masa setengah jam lepas, kau telah mengetahui bahawasanya kau akan membaca tulisan-tulisan ini? adakah ini dinamakan takdir yang menyatukan kau dan tulisan-tulisan ini?

adakah kau mampu merancang segala perkara dalam hidup kau? dan adakah kau akan ditentukan untuk mengikuti segala rancangan kau?

Wednesday, April 7, 2010

15 - reaksi

taraf intelek dan bakat seseorang atau sekumpulan itu amat mudah diukur melalui tindakbalas mereka terhadap sesebuah perkara, remeh atau tidak.

Friday, April 2, 2010

14 - gerigi

aku, kau, dia, kita, semua, telah ditentukan, ibarat gerigi yang berputar secara bersama dalam alatan mekanikal.

Sunday, March 28, 2010

13 - semak

kau berada di dalam keadaan semak, dan kau mengabaikannya walaupun tahu keadaan akan menjadi lebih semak di masa hadapan, kau tahu kau akan mengalami masalah di masa hadapan, namun kau tetap memilih untuk mengabaikan.

Monday, March 22, 2010

12 - sunyi

ini lirik lagu nasyid yang aku selalu dengar semasa di zaman persekolahan dulu-dulu.

"cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia kan pergi."

Sunday, March 21, 2010

11 - pilih

"peminta sedekah tidak boleh memilih."

itu ialah terjemahan literal peribahasa orang putih yang aku ingin sampaikan hari ini. dan ya, itu juga apa yang aku sedang alami saat ini.