Apabila kau dikurniakan cara pemikiran yang berbeza daripada mereka yang disekeliling kau, adakah kau akan cuba untuk menyamakan pemikiran kau dengan orang sekeliling? Atau kau berpegang teguh dengan cara pemikiran kau?
Ada orang kata itu degil, ada orang kata itu prinsip.
Tuesday, March 6, 2012
Wednesday, February 22, 2012
44 - prinsip
antara prinsip kau yang baru terbentuk hari ini ialah tidak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara mengeksploitasi rasa kurang yakin diri kau, atau siapa-siapa sahaja.
Friday, January 6, 2012
43 - salamun-salama
Bersalaman dengan insan bersebelahan dalam saf solat dengan tangan saling menggenggam, mata bertentang mata, dan sedikit mengangguk atau senyum sebagai tanda pengiktirafan sesama hamba, adalah antara salam yang paling memuaskan hati.
Sunday, January 1, 2012
42 - Tunjukkanlah
Tentulah semua orang mahu mendabik dada dan menyatakan mereka berada di jalan yang benar (lurus); Dan tentulah juga semua orang mahukan permohonan 17 kali sehari-semalam mereka itu dikabulkan.
Sunday, October 30, 2011
41 - labuh
Apabila seorang gadis menghantar mesej berbunyi "Victory through harmony or not?" kepada kau apabila bertanyakan mengenai keputusan perlawanan bolasepak, itu tanda yang jelas kau sudah perlu melabuhkan rumah tangga dengan beliau.
nota kaki: 'Victory through harmony' ialah terjemahan daripada 'maxim' latin berbunyi 'Victoria Concordia Crescit' yang menjadi slogan sebuah kelab ternama di dunia.
nota kaki: 'Victory through harmony' ialah terjemahan daripada 'maxim' latin berbunyi 'Victoria Concordia Crescit' yang menjadi slogan sebuah kelab ternama di dunia.
Saturday, October 22, 2011
Friday, October 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
