Friday, January 6, 2012

43 - salamun-salama

Bersalaman dengan insan bersebelahan dalam saf solat dengan tangan saling menggenggam, mata bertentang mata, dan sedikit mengangguk atau senyum sebagai tanda pengiktirafan sesama hamba, adalah antara salam yang paling memuaskan hati.

Sunday, January 1, 2012

42 - Tunjukkanlah

‎Tentulah semua orang mahu mendabik dada dan menyatakan mereka berada di jalan yang benar (lurus); Dan tentulah juga semua orang mahukan permohonan 17 kali sehari-semalam mereka itu dikabulkan.

Sunday, October 30, 2011

41 - labuh

Apabila seorang gadis menghantar mesej berbunyi "Victory through harmony or not?" kepada kau apabila bertanyakan mengenai keputusan perlawanan bolasepak, itu tanda yang jelas kau sudah perlu melabuhkan rumah tangga dengan beliau.

nota kaki: 'Victory through harmony' ialah terjemahan daripada 'maxim' latin berbunyi 'Victoria Concordia Crescit' yang menjadi slogan sebuah kelab ternama di dunia.

Saturday, October 22, 2011

40 - makin

semakin banyak kau menggapai ilmu, semakin banyak kau tahu yang kau tidak tahu.

Friday, October 14, 2011

39 - konklusi

kedudukan konklusi dalam sesebuah pencarian, tempatnya bukan di atas sekali.

Saturday, October 1, 2011

38 - tampak

I
Sedangkan telefon bimbit atau kunci kenderaan yang boleh dikesan melalui sekurang-kurangnya dua pancaindera pun, insan mampu untuk leka, lupa lalu terhilangkannya, apatah lagi perkara yang tidak mampu dikesan dengan pancaindera yakni perkara ghaib seperti iman.

II
Jika insan leka, lupa lalu terhilangkan telefon bimbit atau kunci kenderaan, ia boleh dikesan melalui sekurang-kurangnya dua pancaindera seterusnya digapai semula, namun bagaimana pula mahu mengesan dan menggapai semula perkara yang tidak mampu dikesan pancaindera yakni perkara ghaib seperti iman?

Tuesday, September 13, 2011

37 - istiqamah

istiqamah itu tidak mudah,
menjaganya amat payah,
kerna keimanan berubah-ubah,

usahalah dengan tabah,
dan berdoalah kepada Allah,
mudah-mudahan kau istiqamah dalam ber-istiqamah.