Monday, August 27, 2012
Friday, June 1, 2012
49 - tersembam
dikala langkah kau maju dengan lancar, muncul terbentang aral melintang, lalu kau jatuh tersembam.
dan semasa kau terlantar kesakitan itu, makian dalam kepala kau tidak akan memberi apa-apa kesan kepada aral itu.
aral itu tetap akan melintang.
dan semasa kau terlantar kesakitan itu, makian dalam kepala kau tidak akan memberi apa-apa kesan kepada aral itu.
aral itu tetap akan melintang.
Tuesday, May 29, 2012
48 - hampir
kau sudah makin hampir kepada matlamat minima yang mereka di sekeliling kau mahukan, selepas ini kau mungkin boleh kejar matlamat yang kau sendiri mahukan;
selagi mereka di sekeliling kau tidak letakkan matlamat baru ke atas kau.
selagi mereka di sekeliling kau tidak letakkan matlamat baru ke atas kau.
Monday, May 14, 2012
47 - bolak-balik
Sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati hambaNya.
Semoga hati kita ditetapkan dalam agama Allah.
Semoga hati kita ditetapkan dalam agama Allah.
Thursday, March 15, 2012
46 - tarian
Bergerak untuk masuk ke saf, rapatkan saf, dan luruskan saf ialah ibarat tarian yang ditari beramai-beramai.
Samada mereka tahu menari, atau mereka tahu kau sedang menari dengan mereka, itu hal lain.
Tuesday, March 6, 2012
45 - unik
Apabila kau dikurniakan cara pemikiran yang berbeza daripada mereka yang disekeliling kau, adakah kau akan cuba untuk menyamakan pemikiran kau dengan orang sekeliling? Atau kau berpegang teguh dengan cara pemikiran kau?
Ada orang kata itu degil, ada orang kata itu prinsip.
Ada orang kata itu degil, ada orang kata itu prinsip.
Wednesday, February 22, 2012
44 - prinsip
antara prinsip kau yang baru terbentuk hari ini ialah tidak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara mengeksploitasi rasa kurang yakin diri kau, atau siapa-siapa sahaja.
Friday, January 6, 2012
43 - salamun-salama
Bersalaman dengan insan bersebelahan dalam saf solat dengan tangan saling menggenggam, mata bertentang mata, dan sedikit mengangguk atau senyum sebagai tanda pengiktirafan sesama hamba, adalah antara salam yang paling memuaskan hati.
Sunday, January 1, 2012
42 - Tunjukkanlah
Tentulah semua orang mahu mendabik dada dan menyatakan mereka berada di jalan yang benar (lurus); Dan tentulah juga semua orang mahukan permohonan 17 kali sehari-semalam mereka itu dikabulkan.
Sunday, October 30, 2011
41 - labuh
Apabila seorang gadis menghantar mesej berbunyi "Victory through harmony or not?" kepada kau apabila bertanyakan mengenai keputusan perlawanan bolasepak, itu tanda yang jelas kau sudah perlu melabuhkan rumah tangga dengan beliau.
nota kaki: 'Victory through harmony' ialah terjemahan daripada 'maxim' latin berbunyi 'Victoria Concordia Crescit' yang menjadi slogan sebuah kelab ternama di dunia.
nota kaki: 'Victory through harmony' ialah terjemahan daripada 'maxim' latin berbunyi 'Victoria Concordia Crescit' yang menjadi slogan sebuah kelab ternama di dunia.
Saturday, October 22, 2011
Friday, October 14, 2011
Saturday, October 1, 2011
38 - tampak
I
Sedangkan telefon bimbit atau kunci kenderaan yang boleh dikesan melalui sekurang-kurangnya dua pancaindera pun, insan mampu untuk leka, lupa lalu terhilangkannya, apatah lagi perkara yang tidak mampu dikesan dengan pancaindera yakni perkara ghaib seperti iman.II
Jika insan leka, lupa lalu terhilangkan telefon bimbit atau kunci kenderaan, ia boleh dikesan melalui sekurang-kurangnya dua pancaindera seterusnya digapai semula, namun bagaimana pula mahu mengesan dan menggapai semula perkara yang tidak mampu dikesan pancaindera yakni perkara ghaib seperti iman?
Tuesday, September 13, 2011
37 - istiqamah
istiqamah itu tidak mudah,
menjaganya amat payah,
kerna keimanan berubah-ubah,
usahalah dengan tabah,
dan berdoalah kepada Allah,
mudah-mudahan kau istiqamah dalam ber-istiqamah.
menjaganya amat payah,
kerna keimanan berubah-ubah,
usahalah dengan tabah,
dan berdoalah kepada Allah,
mudah-mudahan kau istiqamah dalam ber-istiqamah.
Monday, August 29, 2011
36 - kekal
Pergilah kau selamanya berusaha sedaya upaya agar kau gagah senantiasa hingga sampai dihari terjanji kelak.
Monday, August 22, 2011
35 - elak
Mudah-mudahan aku, kau, dia, kita, mereka, semua berjaya untuk berhati-hati mengelak duri di atas jalanan.
Saturday, August 20, 2011
34 - madrasah
dan kau tidak akan pernah dapat menyangka masa dan ketika kau akan dimadrasahkan dan diingatkan semula tentang perkara-perkara seperti petunjuk dan kecintaan menulis kepada diri sendiri.
Thursday, April 21, 2011
Thursday, April 14, 2011
Saturday, March 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
